Nota: Ini adalah Lesson 9 dalam Writing Course.
Lesson ini sangat panjang, padat dengan info luar biasa.
Lesson 7 bercakap tentang ‘soul’: Write From Heart
Lesson 8 bercakap ‘mind’ : How To Write Better (dari sudut pandangan teknikal)
Lesson 9 bercakap tentang ‘body’ Apa pula kaitan ‘body’ dengan penulisan? Let’s dive in….
Here’s the summary:
1. Apa Kaitan ‘Body’ Dengan Penulisan?
Macam pelik kan tajuk dia? Tubuh badan kita dengan penulisan, ada kaitan ke?
Ok gini. Pernah tak rasa takde mood, rasa taknak buat apa-apa?
Pernah tak rasa takde semangat nak mulakan kerja?
Pernah tak rasa… ok you already got the point right?
How to fix that?
Kita dah masuk cabaran menulis 21 hari.
Then kita pulak dah announce dekat kawan-kawan kita yang kita akan menulis 21 hari.
Mungkin sepanjang 21 hari ni, ada hari yang rasa macam nak give up. Betul tak?
Lepas 21 hari nanti pulak macam mana?
Nak tulis time ada mood saje ke?
Kalau takde mood macam mana?
Haaa… sekarang anda faham tak apa kaitan ‘body’ dengan penulisan?
Lesson 9 ni adalah tentang macam mana nak bagi semangat selalu. (Kalau down, jangan lama-lama. Terus bangkit. Ada caranya)
Kita nak tulis dalam keadaan kita bersemangat waja, persona, x50, x70, x90!
💡 Disclaimer: Anyway, sometimes it’s ok to not be okay. But jika terlalu kerap sangat, we have to work on it.
2. Macam Mana Nak Buat Diri Kita Bersemangat Selalu?
Ok sebelum saya bebel panjang lagi, saya nak share 1 cerita.
Suatu hari, saya sembang dengan kawan.
Kami pernah attend banyak kelas bisnes.
Kelas Dr Azizan dah pergi.
Kelas Tuan Fahdi Ghazali dah pergi.
Kelas Millionaire Mind Intensive dah pergi.
Motivation video dekat YouTube pun banyak dah tengok...
Online class pun dah join.
Tapi adakah pergi seminar dan kelas tu buat kita semangat?
Yes.
Pergi seminar, lepas balik memang semangat.
Selepas seminggu, sebulan dua bulan, akan back to normal.
Kenapa macam tu?
First, sebab the reason behind conscious mind/subsonscious mind. (Explain later)
Second, is sebab kita tak buat benda yang ‘BASIC’ yang kita perlu buat.
Benda BASIC ni adalah asas.
Contoh nak buat rumah, foundation dia adalah benda first yang kita nak buat.
Tapak dia. Letak simen. Konkrit.
Bukan terus start dengan tiang. Bukan terus buat dinding.
Kita start dengan tapak dulu. Asas. Foundation. The BASIC.
Kalau tak nanti rumah goyang-goyang.
So macam mana nak buat supaya kita pun tak goyang-goyang?
Benda ni saya explain pada kawan saya tadi.
Bukan pergi attend kelas bisnes buat kita kuat. Kena ada BASIC yang kukuh, inshaAllah kita akan kuat.
Kalau tak, lepas attend kelas bisnes, kita akan balik pada state of mind kita yang asal.
So, kena faham dan buat BASIC ni dulu.
Btw, this hadis ni sangat relatable:
”Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dikasihi Allah daripada mukmin yang lemah..”
Sama-sama kita usaha untuk jadi mukmin yang kuat ok?
Here goes the basic…
3. The BASIC
5+2 Checklist
5:
Istighfar
Breathing
Betulkan solat
Redha mak ayah
Bangun sebelum Subuh & stay awake after Subuh
2:
Gratitude Journal
Exercise
Nota: Bahagian ini sangat panjang. Be prepared :)
3.1 Istighfar
Ada yang pesan istighfar 1000x sehari. Bagus tu.
Cuma, tengok balik apa istighfar kita?
Ada seorang guru pesan, "When you're praying outside, what you're doing inside?"
Maksudnya gini. Kita mungkin sedang solat. Outside, luaran, kita berdiri, rukuk', sujud.
Tapi dalaman mungkin tengah fikir nak masak apa harini tak jadi? Fikir kerja dll.
Jadi masa istighfar, kita tengok counter, "Ok 500 dah. Ada 500 lagi."
Kita pun teruskan istighfar: Astaghfillah Astaghfillah Astaghfillah
Ada satu hadis yang menyebut, “Your istighfar, needs istighfar” (”Kamu perlu beristighfar terhadap istighfar kamu)
p.s: Kalau anda taknak tengok video atas ni, and nak baca transkrip instead, (because it’s faster), click here.
Saya suka pesanan Pak Nas (Ustaz Nasrullah - Penulis Buku Rahasia Magnet Rezeki). Beliau pesan masa istighfar sebut,
"Ya Allah aku salah, ampunkan aku, tunjukkan aku apa yang aku salah."
Jadi bila istighfar, betul-betul istighfar.
Istighfar juga minta maaf atas kesilapan kita.
Bukan sekadar cukupkan bilangan. Ok 500 dah, ada 500 lagi.
Bila saya belajar benda ni dari Pak Nas, saya start dengan 100x sehari.
Lepas saya buat perkara ni dulu, ada sesuatu yang Allah tunjukkan. Iaitu dosa saya.
Ada benda yg saya ingat saya buat betul, rupanya benda tu salah.. .
.
.
Apa yang saya perasan tentang istighfar ialah, bila buat, hari tu macam lebih bersemangat. Benda yang kita tangguh pun rasa laju nak buat. Masa pun terasa panjang.
Dan istighfar ini juga adalah solusi kepada ‘depression’.
Rasa tak semangat?
Istighfar.
Rasa depressed?
Istighfar.
Cuba jadikan ia sebagai amalan.
Sekarang ni saya cuba buat 300x sehari. If you can do more, go ahead.
Tak sempat, sebelum tidur buat 100x.
(This is not a competition btw - siapa buat banyak dia menang. It’s not like that)
Nota:
Btw, baru ni Abu Hannah share, jangan guna tasbih digital. Gunakan tasbih kayu. Boleh baca penjelasan dia kat sini. Penting sangat pesanan dia ni.
Pak Nas ada kongsi jenis-jenis dosa daripada negative -1 hingga negative -8. Saya kongsikan dalam personal blog saya disini:
Anda boleh klik kedua-dua link ini untuk bacaan lanjut. Saya tidak copy paste disini kerana tidak mahu page ini jadi terlalu panjang. Sebab banyak lagi point kat bawah ni…
3.2 Breathing
Setiap masa kita bernafas. Cuma, kita aware tak yang kita sedang bernafas?
Breathing ni is very powerful. Di negara barat kelas sampai beratus-ratus USD ajar bernafas saja.
Dalam breathing ni, first sekali betulkan cara bernafas kita.
Cara bernafas yang betul adalah mcm baby. Perut naik turun, bukan dada.
Cuba praktis kejap. Tarik nafas, kembungkan perut.
Hembus nafas, kempiskan perut.
Dah betul yang ni, cuba buat teknik pernafasan 5-4-8
Tarik nafas kiraan 5
Tahan nafas kiraan 4
Hembus nafas kiraan 8
Jom buat sekarang. Klik play kat video ni. 3 minit je:
Video kat atas ni very basic. Boleh tak kita praktis, sekurangnya 3 hari waktu pagi untuk breathing ni?
Kalau anda tak suka video atas ni, ada 2 lagi video yang saya selalu guna.
Wim Hof method. Sekarang saya cuba praktikkan Wim Hof method ni hari-hari. (Saya perasan kulit muka saya licin sikit bila buat Wim Hof ni huhu)
Buat breathing sambil dengar audio Shifa.
Video ni panjang. Ambil dalam minimum 6 minit pertama, buat breathing sambil dengar audio ni. Untuk audio version, download dekat Telegram saya kat sini.
Alright, saya dah kongsikan 3 video pada anda. Yang first tadi very basic pun dah ok. Tak perlu advance cari sana sini.
Just pick one, and go with it.
Bila buat breathing ni, tenang dia lain macam.
Bila tenang, nanti tengok sendiri macam mana dia akan ubah mood you and your whole day.
Kena buat dulu part ni, baru akan faham.
Make sure buat setiap hari. Tenang lain macam nanti.
Kita tulis dalam keadaan tenang, vibration tenang tu kita pas kat orang, inshaAllah.
3.3 Betulkan solat
Back to pesanan tadi,
"When you're praying outside, what you're doing inside?"
Dalam surah al-Mu'minun, ayat 1 & 2 dijelaskan:
Dalam beberapa ayat pertama surah al-Mu’minun ini dijelaskan tentang ciri-ciri orang yang successful believers.
First criteria yang disebut adalah, khusyu’ dalam solat.
Kita kena cuba, dan usaha, untuk betulkan balik solat kita.
Haritu belajar, guru minta kami faham & hafal maksud doa duduk antara 2 sujud.
Boleh start dengan part ni dulu.
Guru tulis atas white board dalam Arab & maksudnya sekali:
Rabbi fighrli - Ya Allah ampunkan aku
Warhamni - sayangi aku
Wajburni - tutuplah aibku
Warfa'ni - angkatklah darjatku
Warzuqni - kurniakan aku rezeki
Wahdini - kurniakan aku hidayah
Wa'afini - sihatkan aku
Wa'fuanni - ampuni aku
Guru explain setiap maksud. Then minta kami hafal.
Kemudian beliau padam maksud atas whiteboard tadi, dan tinggalkan yang Arab sahaja.
Guru tunjuk perkataan Arab, then kami kena sebut maksud dia.
Jadi sekarang solat lebih slow. Sebab nak ingatkan sekali maksud nya bila baca.
p.s: Guru juga explain beza rabi fihrli dan wa'fua'anni- dua-dua maksud pengampuan, tapi apa bezanya?
Rabbi fighrli - Ya Allah ampunkan aku Wa'fuanni - ampuni aku
Untuk Rabbi fighrli, minta pengampunan dosa. Tapi rekod masih ada.
Untuk wa’fuanni, sama macam pengampunan Diraja. Rekod-rekod dosa semua dihapuskan.
p.s: Pernah tengok kan TV, orang masuk jail, dia keluar jail, rekod kesalahan lama dia masih ada? Bayangkan rekod ni di ‘delete’ dari sistem, dan kertas nya dibakar. Umpama clean.
3.4 Redha mak ayah
Seorang guru pesan, cuba tanya mak kita, "Mak redha tak dengan saya?"
Kalau minta maaf, setiap kali raya, kita salam minta maaf.
Tapi mungkin ada something yang mereka simpan, kisah lama yang kita belum confront.
Masa sembang dgn kawan saya point ni, dia cakap,
"Aah betul lah. Bertahun-tahun dulu ayah saya pernah lempar file pukul 2 pagi sebab saya benti kerja dulu."
Kawan saya ambil keputusan berhenti kerja selepas join 1 seminar ni.
Tak perlu salahkan seminar tu, that's not the point. Benda dah jadi, kena redha.
The point is, kawan saya ni cakap dia akan cuba slow talk balik dengan ayah dia.
Tanya mak dan ayah, dia redha tak dengan kita?
Sebab redha Allah terletak pada redha ibu bapa kita.
Tanya mak ayah dia restu tak dengan pilihan yang kita buat?
p/s: Pernah dengar juga seorang speaker sebut. Kalau mak atau ayah dah tak ada, dan kita tak sempat minta maaf dengan mereka, boleh sedekah on behalf of them.
Btw, saya nak share 1 story dari Tuan Khairul Hakimin.
Worth sharing. Beliau kongsi cerita seorang anak ni, dia memang tolong ayah dia. Ayah dia duduk dengan dia.
Suatu hari ayah dia minta tolong hantar ke satu tempat. Dia hantar ayah dia, tapi bawak kereta laju-laju. Dia tolong dalam keadaan terpaksa. Tak ikhlas.
Ini screenshot dari perkongsian Tuan Khairul Hakimin. Boleh baca kisah penuh kat sini. I nak copy paste part part seterusnya and share kat sini, tapi tak sanggup. Dia cam, ushh, buat kita tertanya-tanya, “Aku pernah tak buat macam ni kat parents aku?”
You have to read it.
Mungkin kita kata, kita tolong mak ayah kita. Tapi betul ke kita tolong dengan ikhlas?
3.5 Bangun sebelum Subuh & stay awake after Subuh
Benda ni saaaangat basic.
Tapi tak semua orang boleh buat dengan mudah.
Saya sendiri pun pernah struggle. And I try, try and try to improve.
Kalau anda juga pernah struggle, first minta dengan Allah.
Sebab kita sendiri tak ada kekuatan pun nak bangun lawan mengantuk kalau Allah tak izin.
Boleh juga buat solat hajat, minta dengan Allah.
Doa + effort.
Effort macam mana? Kalau badan rasa tak best, lepas Subuh rasa nak tidur balik, saya cuba buat Wim Hof breathing method untuk elak tidur (refer balik part 3.2 Breathing untuk video Wim Hof)
Saya juga pernah scroll & tengok video mentor yang saya hormati, untuk elak tidur lepas Subuh. Untuk dapatkan semangat. Sebab mentor saya ni, sejak 10 tahun lalu sudah apply bangun pagi 4.00 pagi. (Walaupun dia bukan Muslim)
Bacaan lanjut:
When I look back apa yg saya dah belajar dari seminar here and there, saya dapati 5 ni sahaja dulu benda basic yang kita semua kena buat.
Saya belum sentuh bab sedekah, solat Tahajjud, grounding, find purpose, cybernetic mechanism, dan lain-lain lagi.
Buat benda basic dulu, yang advance akan datang sendiri inshaAllah...
1. Istighfar - ya Allah aku salah, ampunkan aku, tunjukkan aku apa yang aku salah
2. Breathing
3. Betulkan solat
4. Redha mak dan ayah
5. Bangun Sebelum Subuh & stay awake after Subuh
5 ini adalah asas. Foundation. Nak buat bangunan, foundation tu ambil masa sikit. Then tiba-tiba nampak bangunan tu makin naik, makin naik.
Cuba bayangkan bangunan tak ada foundation. Mana boleh. Kalau naik sekali pun, dia goyang, tak kukuh.
Kita buat rumah, terus nak naik dinding, tambah atap semua - mana boleh. Kena start foundation dulu.
Btw ada 2 lagi saya nak tambah. Ini juga 2 perkara basic untuk naikkan mood kita selalu: Gratitude Journal + Exercise
3.6 Gratitude Journal
Bersyukur ni, mudah disebut. Tapi tak semua orang boleh buat.
Makanan tak sedap, kita cakap tak sedap ke kita bersyukur?
"Alhamdulillah syukur Allah bagi makan..."
Jadikan bersyukur ni part of our routine.
Boleh buat gratitude journal, dan tulis 3 perkara yg kita syukuri setiap hari. Boleh buat pagi atau malam sebelum tidur.
Tulis apa kita syukuri dan explain sikit benda yg kita syukuri tu. Bukan sekadar, “Alhamdulillah harini dapat makan.” Explain further, sebelum tulis point kedua.
Bila kita bersyukur, tubuh kita rembeskan hormon dopamin, salah satu hormon happy dalam tubuh.
Ada sebuah kajian: Orang depressed buat aktiviti gratitude journal ni, lepas 41 hari depression hilang. You can read the scientific explanation here: https://neuroversiti.com/kesan-syukur-menurut-kajian/
Kita selalu dengar kan, bila bersyukur, Allah akan tambah nikmat.
Bila kita bersyukur, lagi banyak benda-benda baik datang dalam hidup kita inshaAllah. I notice I cepat bersyukur bila amalkan gratitude journal ni. Bila tinggal, after that, I notice I banyak komplen.
Kita nak always good energy and vibration mengalir dalam tubuh kita.
So, try to make this as practice. Just tulis 3 perkara yang kita syukuri. Tak sempat buat malam, buat pagi.
I first know about this journal tahun 2019. My boss minta semua staff tulis 3 perkara yang disyukuri hari-hari. Bos belikan buku tulis (simple sahaja, yang kulit warna coklat macam warna buku tulis sekolah).
Kalau tak sempat tulis sebelum tidur, atau pagi selepas bangun, saya akan tulis dekat office sebelum start buat kerja.
3.7 Exercise
Sometimes, badan rasa lemau. The solution is, exercise.
Saya copy kelebihan exercise semudah berjalan kaki dari penulisan Dr Rizal https://neuroversiti.com/7-kelebihan-berjalan/ :
Ada 7 sebab kenapa kita perlu bersenam seperti semudah berjalan kaki:
1. Halang risiko terkena kemurungan. Ini berdasarkan penelitian oleh King College London ke atas 49 kajian. Power baq hang.
2. Harvard Health lada tahun 2016 pula laporkan bersenam seperti berjalan kaki tingkat prestasi ketika exam. Performamce lebih baik berbanding yang tidak berjalan.
3. Berjalan keluarkan endorfin. Pain killer semulajadi dari tubuh. Legakan stress. Jadikan mood lebih baik.
Kajian di UK pada tahun 2018 yang dilaporkan oleh surat khabar The Independent menyebut wanita yang bersenam 10 minit punyai mood lebih baik.
Boleh hakak hakak bergerak gerak lepas ni kalau mood tak baik.
4. Bersenam juga keluarkan Brain Derived Neurotrophic Factor atau BDNF sejenis protein dalam yang penting untuk perkembangan dan survival sel otak.
5. Bersenam hilangkan rasa lesu, mandom badan. Kajian dari University of Georgia pada tahun 2008 berjalan selama 20 minit sebanyak 3 kali seminggu turunkan rasa lesu tubuh. Badan rasa sedap. Jadi ringan badan.
6. Paling power ialah berjalan dapat besarkan saiz pusat memori atau hippocampus seperti yang dilaporkan oleh jurnal Hippocampus pada tahun 2015.
Kurangkan risiko terkena alzheimer sebanyak 48%. Kalau nak menghafal, rajin rajinlah berjalan. Rahsia dia kat sinj.
7. Berjalan juga dapat tingkatkat kreativiti. Kajian dari Stanford University pada tahun 2014 dapati berjalan naikkan output kreativiti sebanyak 60%.
3.8 Conclusion & Free Gift
Saya namakan semua ni 5+2.
Untuk yang +2, tak dapat buat 2 ni, it’s ok. Yang penting, work towards that 5 tadi.
Saya buat wallpaper fon, dan saya tulis
1. Apa saya nak capai
2. Saya letak 5+2 ni.
I did that wallpaper to remind myself everyday.
So, here’s Canva link untuk anda copy wallpaper tersebut (copy the template sebelum edit)
4. Declutter
This is too important.
Ada group di Facebook yang khas untuk people share dia punya work from home setup.
Apa yang saya nampak, ramai yang nak letak macam-macam kat meja. Sebelah meja ada rak pula letak macam-macam. Di dinding tampal macam-macam pulak.
While everyone nak tunjuk banyak mana barang yang diorang ada, we do the opposite.
Orang lain fikir, “What more to add,” kita fikir, “What can we remove?”
Meja kosong lebih baik.

And then, apply this to the whole house.
Bukan meja je kosong, just only thing that you need; ruang tamu, bilik, almari, bilik air, semua pun sama, just keep what you need.
Bila kita simpan benda lama-lama, dah tak pakai, tapi sayang nak buang, itu semua reflection of dalaman kita.
Dalaman kita serabut, dan ianya di ‘project’ through environment kita.
Powerful tips: Buat breathing exercise. Once buat benda ni, kalau sebelum ni tak perasan rumah banyak barang, lepas amalkan breathing ni, kita ‘mula’ nampak, inshaAllah.
Lesson 9 adalah tentang ‘body’. Macam mana nak bagi badan kita dalam good mood always. Sentiasa dalam ‘giving’, nak share content, dan share dalam keadaan kita positif.
Declutter adalah A MUST untuk fix kita punya emotion.
Kalau rasa serabut, first tengok sekeliling. Banyak tak barang. Banyak tak projek? Banyak tak dalam to-do-list?
5. Tips Untuk Tingkatkan Vibration
Point point yang diatas yang saya share, semuanya BASIC.
Now, saya tambah lagi point untuk anda increase vibration.
p.s: As usual, pesanan saya, don’t fokus on too much, elak mencari sana sini. Yang penting, buat yang basic dulu as mentioned above.
Saya kongsikan tips dari perkongsian seorang influencer suatu ketika dahulu:
Sebelum ni kita dah belajar yang semua benda adalah Energy, semua benda ada getaran yang tersendiri, dan kita menarik perkara-perkara yang sama getaran dengan kita.
Jika kita pada High Vibrations, maka kita menarik dalam hidup kita, banyak perkara-perkara yang best-best. Jika kita pada low Vibrations, maka kita sedang menarik dalam hidup kita banyak perkara malang, sedih, buruk dan sebagainya.
Antara teknik untuk tingkatkan kita punya Vibrations bagi sentiasa pada getaran tinggi ialah dengan tenang kan minda kita. Salah satu cara nya ialah menggunakan bunyi. Ini ialah:
10 BUNYI YANG BOLEH TINGKATKAN VIBRATIONS ANDA:
BUNYI BURUNG:
Bunyi kicauan burung sangat menenangkan minda dan buat otak kita rasa terbang seperti burung. Damai, lapang dan indah.BUNYI AIR MENGALIR:
Bunyi air mengalir sangat melunakkan hati, melapangkan dada dan mententeramkan minda. Antara nya ialah bunyi Ombak menghempas pantai, bunyi air terjun, bunyi air sungai yang mengalir, dan bunyi air hujan.Sebab tu kalau hotel mewah, rumah orang kaya atau pejabat mewah, mesti ada Air Terjun. Sebab dia mengubah suasana dan meningkatkan Vibrations.
p.s: Kalau boleh pergi tempat nature untuk dengar bunyi air ni lagi bagus. Kalau tak boleh, cari ‘Nature Sound’ di YouTube. Ada banyak sangat. Contoh dibawah. Also, you can download the audio version that I put on my Telegram here.
BUNYI ALAT MUSIC:
Bukan semua music meningkatkan Vibrations. Pilih music yang tenang seperti Piano, Biola, seruling. Ini alat music yang menenangkan. Bergantung pada music yang di mainkan juga. Biasanya Kebanyakkan music yang di mainkan oleh 3 alat ini meningkatkan Vibrations.
BUNYI TILAWAH Al-Quran:
Al Quran ni mukjizat, dia sangat Ajaib. Susunan huruf, makhraj huruf dan bunyi huruf itu sendiri sangat ajaib dan memberi Vibrations yang sangat tinggi pada pendengar nya.Macam saya cakap dulu, Setiap ayat Quran ni, tersimpan ratusan malah ribuan mathematical calculations yang otak perlu buat untuk membaca nya. Vibrations otak kita akan tinggi waktu baca Al Quran.
BUNYI SUARA YANG TERSAYANG:
Pernah tak waktu kita bercinta dulu, rasa bahagia je sentiasa. Semua benda nampak cantik. Langit nampak lebih biru, daun nampak lebih hijau, makanan terasa lebih sedap saat kita bercinta. Rasa hidup penuh makna kan.Kita kena increase rasa love kita tu tinggi-tinggi, supaya bila dengar suara orang tersayang, kita Vibrates at Love, Caring, Grateful, Bless, Joy and Bliss.
Biasanya, orang-orang ini ialah, Mak, ayah, anak-anak, isteri/suami.
BUNYI 528hz:
528 hertz ni juga di kenali sebagai “LOVE Frequency”. Menurut Dr. Leonard Horowitz 528hz ialah pusat “musical mathematical matrix of creations”. Dahsyat 528hz ni. Anda boleh google untuk lebih info.BUNYI 432hz:
Magic number ini di kenali sebagai Natural Frequency of the universe. Ia dikatakan mempunyai cosmic healing power dan mampu menarik crowd untuk datang pada kita. Kerana gelombang nya synchronised dengan Frequency alam.BUNYI ANGIN:
Nikmat nya bunyi angin ni buat kita hilang semua masalah kita, seolah-olah semua beban hidup di bawa terbang bersama angin yang bertiup.
Macam saya sekarang berada di tepi pantai. Ya Allah nikmat angin bertiup ke muka itu luarbiasa. Sangat luarbiasa.
BUNYI DEGUP JANTUNG:
Untuk bunyi jantung ni ada dua cara. Pertama pejamkan mata, be aware of pernafasan kita. Then mula listen closely to our heart beat. Beri seluruh perhatian pada degup jantung kita. Masa tu akan rasa tenaaang sangat. Rasa syukur sangat.
Kedua boleh pasang utube, bunyi degup jantung. Saya pernah tidur sambil dengar degup jantung. Rasa macam duduk dalam rahim ibu.BUNYI ZIKIR:
Bunyi alunan zikir dia connects kita dengan Kuasa yang lebih besar. Allah. Jadi kita rasa sangat tenang. Rasa syukur, rasa di cintai, rasa bless, di Rahmati.
6. Back To Nature
Apa-apa yang berkaitan dengan nature, dapat tingkatkan vibration.
Contoh, pergi laut. Atau pergi hiking. Atau mandi sungai.
Dengar bunyi burung berkicauan. Dengar bunyi ombak. Dengar bunyi air mengalir.
“Bagi yang tanya saya di mana tempat yang bagus untuk Disconnect, nak berehat, nak reset balik mind and body.
Tempat paling bagus ialah dekat dengan Nature, tak kisah lah pulau ke, hutan ke, yang pasti dekat dengan Alam, dan jauh dari orang.
Kerana Energy Nature ni is Always in perfect balance. Sebab tu, hutan boleh hidup berjuta tahun, sebab ecosystem dia dah balance.
Tapi kalau taman yang manusia buat, tak kisah lah secantik mana pun taman tu. Kalau di biarkan tanpa maintainance, sebulan saja, seluruh taman tu boleh rosak. Kerana Energy tak balance, ecosystem belum sempurna. “
7. Grounding
Grounding, pijak tanah tanpa kasut/stokin:
Dari segi sains sendiri, sangat banyak manfaatnya.
Disini saya share manfaat yang relatable untuk zaman sekarang yang selalu on social media.
p/s: Kedua-dua screenshot ini diambil dari status Abu Hannah.


Perkongsian kedu ini adalah tentang bagaimana Abu Hannah jaga isteri ketika isteri mengandung. Point ‘grounding’ ini relatable to everyone, bukan hanya untuk yang mengandung sahaja.
Point grounding adalah, apabila kita tonton TV, scroll social media, ada aliran negatif yang sampai kepada kita.
Dengan grounding, kita nak remove cas negatif ni.
So guys, those are the basics things we need to do to improve our energy, so that the words we write out, comes with high energy too.
Good luck :)