Nota: Ini adalah Lesson 6 dalam Writing Course.
Untuk gunakan chatGPT, pastikan anda sudah setup akaun disini: https://chat.openai.com/
Here’s the summary:
1. Introduction
Orang kata AI ni fitnah.
Kalau ikutkan, Facebook pun fitnah. Bukan saja fitnah, tapi juga tempat untuk sebarkan fitnah. Kita suka kan baca cerita artis laki bini?
Think of it like this: kita asyik scroll Facebook, baca gossip sana sini vs kita guna Facebook untuk menulis tentang kebaikan, apa pilihan kita?
(Mestilah kita pilih tulis kebaikan kan? Tapi itu ke yang kita buat?)
So, apa-apa sahaja teknologi yang menggunakan AI, termasuk ChatGPT, gunakan untuk kebaikan.
Saya sendiri menggunakan ChatGPT untuk edit penulisan saya dalam bahasa English. Saya buat newsletter dalam English untuk English speaking audience, bertajuk The Quran Notes Newsletter.
Content newsletter tersebut diambil dari transcription Islamic lectures (dalam English) yang menerangkan tentang ayat Quran.
Saya perlu bantuan editor untuk proofread transcription yang dibuat. Jadi, saya gunakan ChatGPT.
Jadi, nampak tak macam mana AI ini beri kelebihan kalau kita guna dengan betul?
2. Don’t Overuse
Saya ambil jarak masa untuk publish Lesson 6.
Ini kerana, dalam Lesson 5, saya minta peserta untuk brainstorm topik yang ingin ditulis selama 21 hari.
Sebenarnya ChatGPT boleh tolong brainstorm dalam masa beberapa saat.
Cuma, jika terlalu overuse ChatGPT, kita jadi kurang berfikir. Sentiasa mengharapkan ChatGPT untuk berfikir untuk kita.
Lebih baik kita brainstorm sendiri dulu. Ini adalah untuk latih otak kita juga untuk berfikir.
Dalam Quran juga selalu menyebut tentang berfikir. Afala ta’qilun - why don’t you think?
Berfikir sangat penting, lebih-lebih lagi untuk umat di akhir zaman.
Jika kita sentiasa berharap pada AI untuk berfikir untuk kita, risau jika kemahiran berfikir berkurang.
Jadi, untuk tajuk 21 hari ini, lebih baik kita brainstorm sendiri dulu, dan guna ChatGPT untuk penambahbaikan.
Tak salah guna ChatGPT, cuma don’t overuse it; jangan sentiasa bergantung ChatGPT untuk berfikir untuk kita.
3. ChatGPT Prompt
Anggap ChatGPT ini sebagai assistant kita. Atau intern. ChatGPT perlu diberi arahan dengan tepat.
ChatGPT tidak akan beri jawapan yang baik jika kita tidak memberi arahan yang betul.
Sama macam kita di rumah dengan anak-anak, atau di office dengan team sekerja. Jika salah arahan yang diberi, maka salah action yang di - execute.
Disini saya akan berikan beberapa contoh prompt yang anda boleh guna. Saya juga akan tambah prompt ini dari semasa ke semasa.
Prompt 1: Minta ChatGPT untuk brainstorm tajuk penulisan

Tulis kan prompt seperti dalam Twitter itu ke ChatGPT:
Bila saya brainstorm sendiri tajuk minimalism, saya dapat buat 4 sub-topik. Itu preference saya.
Physical Clutter
Digital Clutter
Mental Clutter
Heart Clutter
Bila ChatGPT brainstorm kan, dia buat 7 sub-topik (seperti screenshot di atas):
Minimalism Definition
Minimalism Benefits
Minimalist Lifestyle
Minimalism Challenges
Minimalism & Sustainability
Minimalism in Popular Culture
Minimalism Resources
So nak ikut apa yang kita braintstorm, or apa yang ChatGPT brainstorm?
As for myself, saya follow apa yang saya brainstorm. Gunakan ChatGPT untuk penambahbaikan.
As I said earlier, jangan terlalu bergantung pada ChatGPT. Guna untuk penambahbaikan. Guna untuk bantu generate ideas.
💡 Prompt untuk anda copy-paste:
I am writing about [YOUT TOPIC] on social media. I need your help to branch out all the topic under [YOUR TOPIC].
Please create a detailed mind map of [YOUR TOPIC] content using the markmap.js formatting
p/s: Anda juga boleh tulis dalam bahasa Melayu
💡Contoh prompt untuk minta output dalam bahasa Melayu:
I am writing about [YOUT TOPIC] on social media. I need your help to branch out all the topic under [YOUR TOPIC].
Please create a detailed mind map in Bahasa Melayu of [YOUR TOPIC] content using the markmap.js formatting
Melalui senarai yang diberi oleh chatGPT, anda boleh bina mind map (contoh seperti dalam kertas kuning yang saya draft dalam Lesson 5)
Kemudian, anda boleh lihat mindmap tersebut untuk dapatkan idea untuk bina content calendar selama 21 hari (dan juga hari-hari berikutnya.)
Prompt 2: Minta ChatGPT untuk bina content calendar
Selain minta brainstorm topik seperti contoh Prompt 1, anda juga boleh minta ChatGPT untuk terus bina content calendar untuk anda.
Contoh:-
<aside> 💡 Prompt untuk anda copy-paste:
Create a new 30 days content calendar for me in Malay to write about [YOUR TOPIC] on Facebook. My content is short, like a Twitter thread. So anything like "10 tips for.." is too long for the audience. It's social media, we need to make it short, but sharp.
Jika anda prefer bahasa English, remove perkataan “ in Malay”
Namun, tak semestinya anda perlu ikut bulat-bulat apa yang dicadangkan oleh ChatGPT ini. Anda juga boleh ubah content calendar yang diberi ini.
Personal notes: Bulan 5/2023, saya gunakan content calendar seperti dalam screenshot di atas untuk menulis di Facebook.
Namun, selepas content calendar ini dibina, saya tidak semak apa yang diberi oleh ChatGPT. Because of that, apabila sampai masa untuk buat content, ada hari yang saya tak faham apa yang ChatGPT cadangkan. So, saya kena tanya balik ChatGPT:-
Sebenarnya, saya masih tak faham apa yang ChatGPT explain. So saya minta ChatGPT buatkan content (so that saya dapat lihat apa contoh content yang saya boleh huraikan untuk content Day 13):
Bila ChatGPT tulis content contoh dalam Melayu, baru saya nampak apa point yang saya boleh explain untuk Day #13. Tapi, saya tak ambil content ChatGPT bulat-bulat.
Saya just dapatkan idea, then tulis content sendiri.
Ini hasil content saya:
Content penuh:
As I mentioned earlier, guna ChatGPT untuk penambahbaikan, dan generate ideas. Jangan bergantung sepenuhnya pada ChatGPT
Kalau anda baca betul-betul content yang ChatGPT buat dalam screenshot di atas, dia nampak macam robot.
Prompt 3: Minta ChatGPT untuk draft kan content
Untuk draft content, saya berikan beberapa contoh untuk anda faham cara ChatGPT berfungsi.
Contoh 1: Minta ChatGPT tulis content
Bila minta ChatGPT tuliskan, penulisan dia tak secantik tulisan kita sendiri.
So, bila minta ChatGPT tulis, it’s good just to get rough idea sahaja.
💡 Prompt untuk anda copy-paste:
Based on mind map of potential topics related to [YOUR TOPIC] you created for me, you suggested [TOPIC YANG CHATGPT BAGI MASA MINTA CHATGPT BRAINSTORM TAJUK KITA]
Write a short post for me about that topic in Malay. I will post this on Facebook, so it should be short but sharp. This is not a long article for a blog.
Contoh 2: Saya minta ChatGPT tulis balik, macam explain dekat budak kecil.
Still, it’s just good to get an idea. Mungkin penulisan dalam bahasa Melayu masih kurang untuk ChatGPT.
<aside> 💡 Prompt untuk anda copy-paste:
Rewrite that again, and add some humor. Write like you are explaining it to a 5 year old kid.
Write it in Malay.
Contoh 3: Saya minta ChatGPT tulis outline sahaja.
💡 Prompt untuk anda copy-paste:
Write an outline for me in Malay.
I want to introduce about [TAJUK ANDA] and how it can be related to [YOUR TOPIC].
This is just a short post for Facebook. Not an article for a blog.
Harap anda dapat faham macam mana kegunaan ChatGPT.
Anda boleh cuba bermain-main dahulu, dengan copy paste prompt yang saya beri diatas.
Jika ada soalan, boleh tanya dalam Telegram. Sebolehnya cuba dulu type prompt dalam chatGPT, then baru tanya soalan :)
Sama macam belajar masak kari. Dah ada resepi dan bahan-bahan semua. Kita masak dulu. Lepas masak, baru tanya soalan (kalau ada).
Prompt 4: Minta ChatGPT bina mindmap
Saya nak tulis tentang Digital Minimalism di Facebook. Selepas saya draft di buku saya, apa topik-topik yang saya boleh tulis (in other word, fikir sendiri dulu), then lepas tu baru saya pergi ke ChatGPT untuk penambahbaikan.
💡Copy paste prompt 1 tadi:
I am writing about [YOUT TOPIC] on social media. I need your help to branch out all the topic under [YOUR TOPIC].
Please create a detailed mind map of [YOUR TOPIC] content using the markmap.js formatting
In my case akan jadi:
I am writing about Digital Minimalism on social media. I need your help to branch out all the topic under Digital Minimalism.
Please create a detailed mind map of Digital Minimalism content using the markmap.js formatting
Then tekan COPY code macam dalam arrow di bawah:
Buka website ni:
https://markmap.js.org/
Then klik “Try It Out”
Lepas tekan ‘Try It Out’, anda akan dapat page macam ni:
Padamkan semua di sebelah kiri, dan tekan Ctrl+V (maksudnya, anda PASTE apa yang anda COPY dekat ChatGPT tadi)
Ini contoh yang saya copy paste dari ChatGPT untuk tajuk Digital Minimalism tadi.
Tekan ‘Download as Interactive HTML’ atau ‘Download as SVG’.
Then buka file yang anda download tadi di komputer anda. Ini contoh mindmap saya: