Nota: Ini adalah Lesson 12 dalam Writing Course, final lesson untuk course 21 Days Writing Challenge! Tahniah kerana sudah sampai ke final lesson! Pat yourself on your back. You made it 😎
Perkongsian ini adalah penutup untuk 21 Days Writing Challenge.
Here’s the summary:-
Menulis, is a sacred thing.
Ibadah bukan sekadar solat, mengaji, puasa.
Kerja juga ibadah.
Sharing beneficial knowledge melalui penulisan (or video) juga, ibadah.
You buat untuk membantu orang lain.
In fact, we know about this famous hadith:
1. Sebelum Menulis, Pastikan Perkara Ini Sudah Selesai
Saya ingin kongsikan satu story. Ia bermula dengan dialog. Here goes:
"Dah solat ke belum?"
"Belum."
"Solat dulu, lepas tu baru kita meeting."
Selepas solat, mukaddimah meeting...
"Kita memang usaha buat marketing, tapi yang menggerakkan hati customer untuk membeli adalah..."
Sebelum kita buat posting utk marketing, make sure kita solat dulu. Benda basic. Noktah.
Dialog di atas ketika di office. Bersama team content.
Teringat sebuah cerita dalam buku Mudahnya Menjemput Rezeki.
"Dalam satu riwayat dinyatakan seorang Sahabat sedang bekerja. Beliau menyiapkan dinding yang terdiri daripada susunan batu-bata. Pada masa azan dilaungkan, kerjanya sudah hampir selesai.
Iaitu hanya tinggal meletakkan sebutir bata sahaja lagi. Apabila ketulan terkahir itu diletakkan di tempatnya maka sempurnalah kerjanya.
Namun, tatkala mendengar azan dilaungkan, serta-merta Sahabat tersebut menghentikan kerjanya dan terus menuju ke tempat solat.”
Keberkatan; ini yang dicari.
2. Posting Saya Membantu Seseorang Atau Merugikan Masa Seseorang?
Ada banyak posting di social media yang pada pendapat saya, sangat merugikan masa.
Don’t be part of them.
Memang ada guru di Malaysia yang mengatakan, social media adalah tempat entertainment.
Tetapi, jika anda lihat posting entrepreneur di Twitter, kesemua posting mereka adalah yang memberi manfaat. Tiada satu pun mereka selit posting yang merugikan masa.
Anda boleh lihat contoh entreprenur ini di Twitter:
🚀 Justin Welsh: https://twitter.com/thejustinwelsh
🚀 Dan Koe: https://twitter.com/thedankoe
🚀 Dickie Bush: https://twitter.com/dickiebush
🚀 Charles Miller: https://twitter.com/charlesmiller_7
🚀 Tim Stoddart: https://twitter.com/TimStodz
(Nota: Klik kelima-lima link diatas, dan scroll Twitter feeds mereka dan lihat. Anda takkan jumpa satu pun tweet yang merugikan masa.)
Our posting sepatutnya membantu seseorang. Happy kan seseorang (mungkin jokes. A good one.). Bukan merugikan masa seseorang.
Apa contoh posting yang merugikan masa seseorang?
Gossip
Luahan masalah (jika stress, social media bukan tempat untuk melepaskan)
Cerita rumahtangga artis
Dan seumpamanya
Dalam marketing, untuk dapat banyak likes/shares/viral, perlu buat posting based on cerita yang sedang viral.
Tak semua rules dalam marketing kita perlu follow.
Fikir yang mana baik, yang mana buruk.
Think.
Like seriously think.
Bukan hanya ikut sahaja apa orang lain buat…
3. “Speak Good Or Remain Silent.”
“Apabila menulis di social media, kata-kata kita menyelamatkan orang lain, tidak menyakiti orang lain. Tidak memunculkan perdebatan, tidak menyakiti perasaan, tidak menjadikan fitnah atau penggunaan bahasa yang negatif.
Penulisan atau perbuatan kita tidak menghina orang lain.”
Apa maksudnya?
Kalau ada cabaran dengan orang, elak tulis kat social media. Atau up status whatsapp. Contoh, kita nak marah ada ahli family yang malas.
Tak perlu update social media, “Balik rumah tu, rajin lah sikit. Jangan asyik TikTok je.”
Penulisan begini boleh jadi fitnah. Orang yang kenal kita misalnya, mula syak wasangka pada adik-beradik kita.
”Ahmad kot eh asyik tengok TikTok?”
”Ni Ali kot yang malas.”
”Haish apa lah Abu ni, bukan nak tolong family, tengok TikTok pulak.”
Penulisan begini sudah pun:
✅ timbulkan perdebatan
✅ menyakiti perasaan
✅ menjadi fitnah
✅ menghina orang lain
Nota: Elak buat penulisan sebegini. Jika marah pada seseorang, tidak kira samada ahli keluarga, rakan sekerja, atau sesiapa saja, social media bukan tempat untuk meluah perasaan.
4. Jangan Berhenti Menulis
DrRizal pernah ditanya, apa tips anak-anak dia tiba-tiba meroket dekat sekolah, walaupun tiba-tiba pindah Malaysia and kena start all over again belajar syllabus Malaysia.
Someone asked him for the tips, and he sais:
"Kalau tak share ilmu tu, nanti masuk neraka!"
DrRizal pun keluarkan produk OCOC lepas tu. Sebelum ni bagi family je minum.
Teringat pesanan abang sulung suatu ketika dulu
"Ilmu yang ada tu kena share. Jangan simpan sorang-sorang."
Terdiam masa tu. Tak tahu nak kongsi macam mana.
Masa tu baru keluar dari bangunan Darussyifa di Bangi. Tuhan sudah beri kelebihan menuntut ilmu dengan seorang ulama', TG Haron Din.
Abang kedua juga pernah berpesan,
"Jangan berhenti menulis."
Hari ini saya mahu panjangkan pesanan tersebut kepada anda:
Jangan berhenti menulis.
Semoga penulisan kita menjadi cabang ilmu yang bermanfaat.
Dari Abi Huhairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:
Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya.