Nota: Ini adalah Lesson 4 dalam Writing Course.
Anda sudah pilih topik besar, sekarang kita akan teruskan bagaimana untuk sentiasa ada idea apa yang ingin ditulis.
Here’s the summary:
1. Teknik 5W 1H
WHAT
WHY
WHO
WHERE
WHEN
HOW
Pernah ada sahabat saya, buat bisnes terapi mandian ais. Saya minta sahabat saya susun posting tentang ilmu yang beliau ada tentang bisnes beliau.
Sahabat saya dulu takut nak share ilmu. “Dah bayar mahal-mahal untuk dapat ilmu, lepas tu bagi kat orang lain free free je?”
Saya pesan pada sahabat ini, jangan takut share ilmu. Lagi banyak kita bagi orang, lagi banyak Allah bagi kita, inshaAllah.
Then saya dulu risau juga nak tulis tentang minimalism, takut nanti bila dah share semua, kehabisan idea pulak.
Tapi rupanya tak. Lagi banyak kongsi, lagi banyak idea Allah bagi untuk di share. Alhamdulillah
Saya cerita pada sahabat ini tentang content 5 Wives, 1 Husband.
= what, why, who, when, where how. Setiap dari ni boleh buat content panjang. Contoh:
.
WHAT:
Mandi ais tu apa? (ini dah 1 content)
Apa barang yang perlu untuk mandi ais? (ini content lain)
.
WHY:
Kenapa kena mandi ais? (ini pun content lain & seterusnya...)
.
WHO:
Siapa kena mandi ais? (Setiap golongan yang perlu mandi ais ni boleh dipecahkan lagi, buat 1 content for each. Contoh org depressed, boleh buat 1 content. Atlet sukan, buat buat 1 content)
.
WHEN:
Bila boleh mandi ais? Waktu bila paling sesuai? (Another content)
.
WHERE:
Kat mana mandi ais? (Boleh cerita tentang DIY kat rumah. Atau pergi spa. Then p/s: Saya juga buat mandi ais, lokasi saya di xyz)
.
HOW:
Macam mana cara nak mandi ais? (There you go, another content)
.
Semua ni banyak lagi boleh dibuat pecahan content. Dan boleh masukkan elemen storytelling. Jika anda kira bilangan point diatas, saya telah pun bina 7 tajuk content untuk sahabat saya.
Jika beliau update 1 content sehari, maka beliau sudah ada content untuk seminggu.
Jadi, mulakan dulu dengan content 5W 1H ini.
2. Teknik Content Mapping
Selain 5W 1 H, macam mana ada orang ada idea nak tulis apa hari-hari?
Jawapannya ada pada Content Mapping.
First kena tahu, apa tajuk besar yang kita nak share?
Ada orang pilih topik Self Love, Productivity, Unit Trust, Tips Tenang etc.
Lepas buat tajuk besar, then, pecahkan kepada tajuk kecil.
Contoh 1: Contoh dibawah adalah topik saya sendiri iaitu Minimalism.
Dengan buat content mapping ini, anda sudah boleh prepare tajuk content untuk sebulan hingga setahun dengan advance.
Jika saya tiada idea untuk menulis tentang minimalism, saya hanya perlu lihat kertas diatas.
Kalau tak prepare content awal-awal pun tak apa.
Just tengok balik content mapping ni sebelum menulis.
Contoh 2: Ini pula contoh untuk topik Self Love yang saya bina untuk sahabat saya. Kami sembang through Zoom meet, and then I showed it to her, macam mana nak kembangkan topik dia.
p/s: Anda boleh buat content mapping ini di kertas biasa (macam contoh kertas kuning diatas), kertas mahjung atau boleh juga download apps Edraw MindMaster (macam dalam gambar atas ni)
p.p.s: Nasihat saya, don’t waste too much time searching for this and that apps. Atau don’t waste time juga buka buku itu buku ini. Apa yang anda perlu buat sekarang, just ambil kertas/atau buku nota, dan mula brainstorm topik-topik seperti contoh diatas.
Contoh 3
Katakan anda seorang surirumah. Kepakaran anda adalah didapur. Anda suka memasak. Ini contoh pecahan content yang anda boleh buat:
Resepi
Ikan
Ikan Asam Pedas
Ikan Masak 3 Rasa
Ikan Singgang
Ayam
Ayam Masak Pedas
Ayam Masak Kicap
Ayam Masak Kunyit
Sayur
Sayur Masak Kangkung Belacan
Sup Sayur
Sayur
Nasi
Nasi Lemak
Nasi Dagang
Nasi Kerabu
Western
Spaghetti Aglio Olio
Meatball Carbonara
Lasagna
(Di bawah resepi ini sahaja sudah ada 15 content. Dah boleh cover 2 minggu punya content)
Peralatan Masak/Dapur
Periuk
Aluminium
Stainless Steel
Seramik
Cast Iron
Cooker
Rice Cooker
Pressure Cooker
Multi Cooker
Pinggan Mangkuk
Ceramic
Corelle
Porcelain
(Di bawah peralatan ini ada 10 content)
Tips-Tips
Cara Basuh Ikan
Cara Bagi Sayur Tahan Lama
Cara Bagi Sotong Lembut
(Di bawah tips ini ada 3 content. In total ada 28 content. Hampir sebulan punya content)
So nampak tak? Setiap topik besar yang anda pilih, anda boleh pecah-pecahkan lagi untuk dapatkan tajuk kecil.
Kemudian, anda boleh tulis content in advance. Contoh sehari buat 5 content. Anda nak pos 1 content sehari misalnya. Bila waktu posting, anda sudah ready dengan content untuk 5 hari.
Ataupun, anda prepare content sebelum waktu posting. Anda hanya perlu lihat topik-topik yang anda dah tulis atas kertas tadi.
Contoh 4: Jika anda pernah ikuti tulisan saya dulu, saya pernah tulis tips tenang satu persatu di Facebook.
Content ini saya tidak plan atas kertas (seperti dalam contoh 1,2,3 tadi). Ini adalah koleksi ilmu yang saya belajar & experience yang saya compile kan untuk tenang.
So, selain buat pecah-pecahan topik seperti dalam contoh 1,2,3, anda juga boleh sediakan senarai apa yang anda tahu tentang topik tersebut.
3. Cara Sentiasa Ada Idea
Selain 5W 1H, dan bina Content Mapping, apa lagi perlu buat untuk sentiasa ada idea?
Jawapannya:
Baca buku berkaitan bidang kita
Lihat video di YouTube berkaitan bidang kita
Lihat influencer lain yang bercakap tentang bidang kita
Lihat FB groups/community yang bercakap tentang bidang kita
Personal Notes: Saya kurang gemar dengan idea ‘research’: baca buku, tengok video etc. Ini adalah ‘alasan’ yang bagus untuk procastinate.
Dia sama macam ‘nak menulis, tapi asyik baca buku/artikel cara menulis, buka video belajar cara menulis, lihat influencer lain tulis tips menulis tapi kita sendiri tak tulis-tulis’.
So, pastikan anda terus tulis. Just do it. Jangan bertangguh lagi. Saya sendiri juga menyesal tak mula awal dulu.
Sejak 2019 saya tertanya-tanya macam mana nak menulis. 2022 baru saya mula melangkah. Berapa tahun dah saya rugi?
Tujuan saya buat course ini kerana saya tidak mahu anda ulangi kesilapan saya yang lama. Stop researching, start writing.
4. Latihan 1: Bina 1 - 5 Topik
Bina 1-5 dahulu topik yang ingin anda tulis untuk 21 hari ini. Tak dapat banyak tak apa. Yang penting, ada 1 dahulu untuk dimulakan.
Selepas anda tulis 1-5 topik tersebut seperti contoh di atas, anda boleh proceed untuk menulis di Facebook pada hari pertama.
Kemudian, saya akan buka access Lesson 5: Bina Content Calendar.
Sekarang, anda perlu langgar dinding dahulu, tulis dan pos sahaja untuk biasakan diri menulis.
5: Latihan 2: Buat Pengumuman Anda Akan Menulis 21 Hari
Dan sebelum anda update content 1, buat 1 status untuk maklumkan anda akan menulis secara konsisten selama 21 hari.
Contoh 1:
Contoh 2:
Sample Writing Untuk Anda Copy Paste
Salam semua. InshaAllah saya akan menulis secara konsisten selama 21 hari di Facebook. Saya sedang mengikuti Online Writing Course: 21 Days Writing Challenge.
Saya ingin cabar diri saya untuk tulis dan pos di Facebook secara konsisten. Doakan saya ye.
p.s: Anda tak perlu ikut contoh yang diberi bulat-bulat. Anda juga bebas untuk buat ayat sendiri.
Tujuan Pengumuman?
Apa tujuan pengumuman ni?
Untuk bina kredibiliti diri yang anda akan konsisten untuk 21 hari ini.
Apa anda akan rasa kalau anda tertinggal posting dalam 21 hari ni selepas buat pengumuman?