Nota: Ini adalah Lesson 2 dalam Writing Course.
Untuk cabaran menulis 21 hari ini, pastikan anda konsisten dengan 1 topik. Jika anda belum tahu topik apa yang ingin anda tulis, perkongsian dalam Lesson 2 ini akan membantu untuk anda mengenali diri dengan lebih mendalam.
Here’s the summary:
[1] Who Are You?
Bila orang sebut nama anda, apa perkara pertama yang anda ingin orang itu tahu tentang anda?
Contoh macam ni:
Steve Jobs; Apple!
Tiger Woods; Golf!
Nouman Ali Khan; Bayyinah! Or Arabic Quran!
Khairul Ameng; sambal! Or video masakan!
If you don’t know yet, you have to decide.
Tak semestinya bidang itu perlu professional. You know, like kerja Petronas, stay kat pelantar minyak. Atau bidang Engineering, kerja atas kapal.
Lihat contoh Khairul Ameng. Dia buat video, berapa ramai surirumah yang dapat manfaat belajar masakan dia?
Berapa ramai pula yang makan masakan surirumah tu, hasil masakan yang dia buat lepas tengok video Khairul Ameng?
Sambal yang dia jual, habis terjual. My nephew said, budak-budak dekat universiti, makan nasi kosong + sambal Khairul Ameng. See, berapa ramai yang dapat manfaat sambal tu?
So, tak kisah apa-apa bidang pun, samada high level professional atau memasak didapur, semuanya memberi manfaat.
And you, apa-apa knowledge yang you ada, ia akan memberi manfaat if you are willing to share.
Life is not just about, “Belajar rajin-rajin, masuk universiti, dapat kerja bagus, kahwin, beli rumah, beli kereta.”
Life is more than that.
Contribution. Apa manfaat yang kita nak beri pada orang lain?
There’s a reason why you’re reading this. You want to become someone. Someone who live a fulfilled life. Hidup bertujuan. Hidup memberi manfaat.
Hidup untuk become the best version of yourself. Bukan sekadar scroll social media dan habiskan masa dengan Netflix TV Series.
So, pernah tak terfikir, who are you? How can you become the best version of yourself?
[2] 6 Ways To Know Your Big Why
Jika anda belum tahu, siapa diri anda, atau siapa anda perlu jadi to become the best version of yourself, first and foremost, pray about it. Solat hajat & istikharah. Minta Allah tunjuk.
Kemudian, anda juga boleh follow 6 cara ini:
Cara 1: If you have all the money in this world, what would you be doing?
Bayangkan anda seorang yang sangat kaya-raya. Bukan setakat kaya, raya lagi.
Duit 7 keturunan pun tak habis. Rumah macam Aliff Syukri. Kereta pula angkut Rolls Royce terus.
Beli Mercedes tu macam beli kereta mainan untuk budak-budak je. RM 300,000 tu dah macam RM 3 ringgit.
Tanya diri: If you have all the money in this world, what would you be doing?
Apa yang anda sanggup buat hari-hari walaupun tanpa dibayar?
Cara 2: Apa kesukaran yang pernah anda lalui dulu, dan sekarang anda nak bantu seramai yang mungkin untuk keluar dari kesukaran itu?
Ada seorang orang putih ni. Boleh dikatakan dulu dia agak macam tak terarah. Selalu hisap dadah. Addicted.
Long story short, dia dah cure dia punya addiction terhadap drugs.
And now, dia dah jumpa ‘penawar’. Apa yang dia buat adalah, dia create website untuk bantu orang lain pulak untuk cure addiction terhadap drugs.
And company yang beliau bina, even dapat millions every year, buat servis untuk health centre promote website diorang.
Path yang dia lalui: Dulu drug addict, jumpa penawar, then bantu orang.
Tanya diri: Apa kesukaran yang pernah anda lalui dulu, dan sekarang anda nak bantu seramai yang mungkin untuk keluar dari kesukaran itu?
Cara 3: What’s your talent?
Ada orang pernah ketika dulu hidupnya belum kaya-raya. Cukup sekadar makan. Sekali ada orang belanja dia makan. Sampai bila-bila dia ingat orang tu belanja dia makan.
Dan sekarang dia nak happy kan orang dengan belanja orang makan. Bukan setakat belanja family, colleagues, kawan-kawan, tapi juga nak beri orang susah makan. Bukan setakat bantu orang Malaysia, tapi nak bantu sampai ke luar negara.
Macam mana nak bantu? Dia gunakan kepakaran dia dalam 1 bidang. Dan wang yang dia dapat akan diagihkan sebahagiannya untuk beri orang makan.
Tanya diri: Apa kenangan masa lalu yang anda takkan pernah lupa? Pilih 1 yang beri perubahan besar dalam hidup anda.
Apa 1 kepakaran anda yang anda ada, dan sekarang anda mahu kongsikan kepakaran itu supaya anda dapat jana wang untuk disalurkan pada big why anda? Mungkin ada misi kemanusiaan yang ingin ada bantu?
(Mungkin anda ingin create eBook atau buku fizikal berkaitan topik tu, dan anda berharap hasil jualan buku itu dapat disalurkan pada big why anda)
Cara 4: Who Are You 2 Years Ago? What Has Changed?
Siapa anda 2 tahun dulu?
Apa skill yang anda ada harini, yang 2 tahun dulu anda tak ada?
Apa yang anda pernah struggle dulu, yang sekarang anda dah tak struggle?
Apa hobi yang anda baru start 2 tahun dulu?
Contoh macam ni. Ada seorang entrepreneur di US, dia buka agency. Dia mula sebagai freelancer, kemudian dia start hire pekerja, then bisnes dia mula berkembang.
So, bila dia compare dengan diri dia yang dulu yang tak tahu apa-apa, dan sekarang dia ada knowledge macam mana nak kembangkan bisnes bermula dengan 0 modal.
So apa dia buat? Dia buat content untuk bantu orang yang baru nak mula. Based on his own experience.
Contoh lain. Dulu anda overweight misalnya. Then anda mula start working out untuk macam mana nak kurus. Now berat badan anda dah turun sangat banyak. Anda boleh buat content untuk cerita dekat orang pula macam mana anda kurus.
Tanya diri: Apa cabaran yang anda dah selesaikan atau topik yang anda belajar dalam 2 tahun?
Cara 5: Apa Topik Yang Orang Selalu Tanya Pendapat Anda?
Bila orang jumpa anda untuk tanya pendapat, apa topik yang orang selalu tanya?
Cara 6: Tulis 20 Sebab
Pernah seorang participant kelas Content Marketing saya bertanya, “Saya ada banyak cerita. Tapi tak tahu nak tulis macam mana."
Jawapan, "Cari 'big why': Kenapa nak menulis?"
Macam mana nak cari 'big why'?
Tips ini saya dapat dari guru:
"Tulis 20 sebab. Pada sebab ke-20 itu muncul Big Why. Makin besar Big Why, makin tinggi peluang kejayaan."
p/s: Lepas tahu tips ni, sayaterus buat. Memang betul, menjadi. Ketika menulis sebab ke-20, muncul Big Why.
Selama ni duk tercari-cari semula apa Big Why. Siap doa lagi supaya jumpa kembali. Sebab dah lost.
Selepas buat aktiviti ni baru jumpa. Sebuah 'Big Why' yang menyebabkan saya sambung belajar dulu.
Cuba ambil pen dan kertas sekarang juga.
Extra Tips
Kalau anda masih tak tahu jawapannya, anda dah solat, dah doa, dah buat semua tips di atas..
This is critical, and you have to do this: Buat social media detox sekurangnya seminggu. 7 hari.
Reason? We always scroll, tengok life orang lain. Bahagianya hidup orang lain… Bila kita asyik lihat life orang lain, kita tiada masa untuk lihat life kita sendiri.
Apa yang anda nak, jawapannya ada dalam diri anda. Only you know the answer.
Stop scrolling. Search within.
p.s: Dapat buat sebulan lagi bagus.
[3] Evergreen Topic
Antara topik yang evergreen, yang digemari oleh orang ramai adalah:
Kesihatan/Fitness
Resipi/Makanan
Rezeki/Kewangan
Parenting
Topik berkaitan emotional health
Namun, ini tidak bermakna anda perlu follow evergreen topik ini.
Sebagai contoh, kepakaran anda adalah baiki kereta. Berapa ramai orang ada kereta dalam dunia ni? Ok ramai.
Lebih specific, kepakaran anda adalah baiki kereta Ferrari.
Ok memang tak ramai orang ada Ferrari. Tetapi ada group khas dalam dunia ini yang memiliki Ferrari.
So, jangan takut untuk proceed menulis content mengikut kepakaran anda. Talent yang anda ada, perlu digunakan & dikongsi bersama orang ramai dengan sebaik-baiknya.
Saya sendiri menulis tentang minimalism. Tak ramai pun yang suka topik ni di Malaysia.
Tapi disebabkan minimalism adalah topik yang saya sendiri suka baca dan saya sendiri juga dah rasa nikmat declutter barang, so saya proceed dengan topik ini.
Free eBook
Kalau anda dah baca sampai sini, tahniah!
Pat yourself on your back.
As a gift, saya ingin kongsikan 1 ebook dengan anda.
eBook ini complementary dengan apa yang saya tulis diatas.